Hasil tinjauan 81% pembaca The Edge sokong Anwar Ibrahim bersara palsu
24 petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi - KEADILAN
KEADILAN mendedahkan satu lagi bukti penemuan terbaru berhubung penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.
Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Besut.
"Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24 petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi," jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti, petang semalam.
"Kini kita (Pakatan) ada 29 kawasan Parlimen yang mempunyai bukti kukuh menjelaskan dakwaan kita berhubung penyelewengan pilihan raya," kata Saifuddin yang enggan mendedahkan sebuah lagi kawasan lain.
Menurutnya lagi, salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli.
"Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan," katanya.
Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menang memperolehi 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor 26,890 undi dengan majoriti 8,342.
Isnin lalu, Rafizi memberitahu, terdapat 27 kawasan Parlimen yang akan disiasat dan membuat petisyen bantahan berhubung penipuan pilihan raya.
Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=52096
Sent from my BlackBerry
Warnakan 13 Mei dengan penyatuan rakyat selamatkan demokrasi
Sent from my BlackBerry
Haram mengapikan isu perkauman - Dr Asri
Dakwat kekal tidak kekal: SAMM desak pilihanraya semula
Penipuan SPR - Dakwat kekal boleh padam dengan air sabun
PROSES pengundian awal hari ini menjadi haru biru apabila dakwat kekal yang dicalit di tangan pengundi rupanya boleh dipadam dengan mudah menggunakan air sabun.
Lihat gambar bagaimana salah seorang tentera yang baru sahaja membuang undi menunjukkan dakwat yang dicalit di jarinya dengan mudah boleh dihapus begitu sahaja.
Laporan polis dibuat di seluruh negara diketuai pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu dakwat kekal ini.
Pengerusi SPR dan timbalan sila letak jawatan dan masuk rancangan Maharaja Lawak Mega!
Sent from my BlackBerry
Ummi Hafilda jadi model produk putihkan kulit gebu persis bayi
BARANGKALI Ummi Hafilda sudah insaf dan tak mahu lagi menjaja fitnah untuk menyara hidupnya maka dia dan suami Pakistan yang baru dikahwini kini memulakan perniagaan produk memutihkan kulit.
Lebih menarik Ummi Hafilda sendiri menjadi model produk tersebut. Salah seorang sahabat memaklumkan iklan produk itu ada disiarkan di akhbar. Gua tertarik dengan tagline "Gebu persis bayi" yang digunakan.
Eloklah meniaga sebab kalau Ummi nak berceramah menyerang Anwar lagi macam dulu pun sudah tidak ada orang nak dengar cerita dia.
Laman web Harakahdaily kena hack
NAMPAKNYA Barisan Nasional sudah memulakan taktik kotor mereka dengan cara menggodam laman sesawang rasmi Harakahdaily.
Sent from my BlackBerry
Bantahan terhadap arahan mengisi borang identiti kepada tentera yang mengundi awal
Pihak saya telah menghubungi Pengarah SPR Negeri Pahang untuk mendapatkan kesahihan dan kepastian daripada pihak SPR adakah ianya adalah implimentasi oleh pihak SPR dan pihak SPR telah mengesahkan bahawa ia bukan arahan SPR dan dilaksanakan oleh pihak pengurusan tertinggi Kem.
Justeru, selaku Calon P85 Pekan, saya MEMBANTAH tindakan tidak rasional dan tidak demokratik tersebut yang akan dilaksanakan pada hari esok 30 April 2013 semasa pengundian awal yang sudah pasti bertujuan menakut-nakutkan anggota-anggota tentera untuk melaksanakan amalan demokrasi dan kebebasan sebagai warganegara Malaysia.
Saya akan membuat pemantauan esok di kesemua lokasi pengundian awal di kawasan Parlimen Pekan bagi memastikan amalan demokrasi dilaksanakan secara adil dan profesional serta tidak melanggari Hak Asasi Manusia .
PAKATAN HARAPAN RAKYAT
FARIZ MUSA
Calon P85 Pekan
Sent from my BlackBerry
Kempen doakan Sharizat dan Rosmah oleh Wanita Umno
Calon KEADILAN Parlimen Pekan dituduh cabul anak murid
Kali ini kempen lucah turut dikesan dilakukan oleh jentera gerak saraf Umno di Parlimen Pekan, Pahang tempat di mana calon KEADILAN, Fariz Musa menentang calon BN, bekas Perdana Menteri Najib Razak.
Jentera gerak saraf Umno difahamkan mula menyebarkan cerita lucah kononnya, calon KEADILAN, Fariz Musa yang merupakan seorang bekas guru telah dipecat kerana mencabul anak muridnya di salah sebuah sekolah di Chini, salah sebuah daerah di Pahang.

Bagaimanapun Fariz melalui akaun twitter miliknya @farizmusa menjelaskan bahawa beliau tidak pernah ditugaskan mengajar di Chini. Beliau turut mencabar pihak yang menuduhnya agar menunjukkan bukti dakwaan liar tersebut.
Sabarlah Cikgu Fariz, dah nama pun lawan dengan parti lucah, adatlah kena serang dengan isu lucah. Tak lama lagi keluarlah cerita Fariz Musa meliwat pulak, biasalah UMporNO.
Petugas BN kantoi turunkan bendera PAS

MALANG, itulah yang boleh digambarkan terhadap petugas (sebut macai) BN ini. Belum sempat dia beredar selepas melakukan sabotaj, gambarnya telah dirakam oleh salah seorang sahabat kita yang kebetulan lalu di situ.
Difahamkan lelaki yang lengkap memakai tshirt berwarna biru dengan logo Barisan Nasional ini memasang banner Barisan Nasional sebelum dia kemudian menurunkan bendera PAS sebagai tindakan sabotaj.
Inilah contoh macai upahan Barisan Nasional, gambarnya kini tersebar luas di facebook dan twitter menjadi bahan ejekan orang ramai dengan pelbagai gelaran hina.
Berbaloikah upah RM20 yang diterima namun jadi bahan hinaan dan ejekan orang ramai?
Fikir dahulu sebelum buat, jangan gadaikan maruah anda. Malu sampai anak cucu...
Lucu! BN Selangor tawar air percuma 20 liter untuk rakyat
Gambar yang diperolehi di laman facebook ini menunjukkan betapa bodohnya kempen Barisan Nasional Selangor yang menawarkan hanya 20 liter air untuk rakyat jika berjaya tawan Selangor dengan slogan menepati janji membawa harapan kahkahkah...
20 liter air bersamaan dengan 20 botol air coca cola dengan saiz kapasiti botol 1 liter. Jika inilah air percuma yang ditawarkan oleh BN Selangor, maka ternyata BN adalah parti untuk orang gila kahkahkah...
Tiba-tiba gua teringat kenyataan Tun Mahathir sebelum ini yang mengatakan "Hanya orang bodoh sahaja yang tinggal di dalam Umno" rujuk sini ~ Orang bodoh dalam Umno
ReJaM© "Tinggalkan parti bodoh! Undi Pakatan Rakyat! "






